Saturday, January 25, 2014

Masalah Kulit ? Set Kecantikan Kulit Harga Bajet Untuk Anda Adalah Penyelesaiannya!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!

Tahu tak korang yang kulit adalah organ terbesar tubuh manusia ?
Ya! Itu satu fakta sains yang korang mungkin baru ketahui atau sudah lama ketahui..
Tapi tahu tak korang cara penjagaan kulit yang berkesan dan tidak mendatangkan kesan sampingan ?

Masalah kulit seperti eczema, kulit muka atau badan berjerawat, kulit kering, kulit kusam, alahan kulit dan sebagainya merupakan masalah-masalah yang biasa dialami  oleh kita yang terdedah dengan pencemaran, cuaca beriklim tidak menentu ditambah pula dengan cara pemakanan kita yang salah dan tidak baik untuk kesihatan?
Segala masalah korang pasti ada penyelesaiannya..Cuma NAK atau TAKNAK sahaja kan ?

Usaha! Usaha ! usaha ! Ya! Aku pun ada masalah kulit yang agak kronik pada mulanya tapi aku tak pernah putus asa mencari penyelesaian..bayangkan hampir dekat 8 tahun aku mengalami masalah kulit ni, Alhamdulillah penyakit kulit aku sudah pulih kembali sepenuhnya! Nak kata eczema bukan, nak kata kurap pun bukan. .aku alah pada gigitan kutu kucing, habuk serta gigitan serangga even gigitan nyamuk pun tinggal kesan !! hadoiiii..kulit mahal ni kene dok kat istana je kot gamaknya. . hahaha
Berkat usaha dan dorongan dari kawan-kawan yang sangat supportive, aku jumpa dengan doktor pakar kulit kat Petaling Jaya. . Alhamduliillah ya Allah. .kembali pulih sepenuhnya cuma tinggal PARUT lah pulak..hmmmm

Ok, mungkin korang dah habiskan duit dengan pelbagai produk pencuci muka, krim muka atau kulit dan semua langsung tak membawa kesan malah lebih terukkk !!! aku pun sama, puas jugak cari ubat dan sapu krim hilangkan parut tapi tak berkesan sangat. . laaaahhhhh, memangla. .itu sapuan atau cucian di PERMUKAAN KULIT DAN LUARAN sahaja ..hehehhe so penting sebenarnya untuk kita jaga kulit kita LUAR DAN DALAM. .

So kali ni jom terjah SET PENJAGAAN KULIT SHAKLEE yang PALING LARIS. Set ini bukan sahaja untuk yang mengalami masalah kulit seperti jerawat tapi juga boleh diamalkan untuk masalah kulit seperti eczema, alahan, kulit kusam dan sebagainya. . kenapa aku gila-gila promote produk ni ???? Sebab aku yakin 100% produk ni mampu menghilangkan paling tidak pun mengurangkan masalah kulit aku SEBAB aku pun sama macam korang punya masalah kulit..

Ok sini aku ada Set penjagaan kulit harga bajet, set lengkap penjagaan kulit dan set terlajak lengkap penjagaan kulit. . hihihi

 Bagi sesiapa yang mempunyai bajet terhad tapi nak cantik-cantik jugak, nah ! ni set penjagaan kulit yang super duper bajet punya ! Ni pun dah sangat-sangat berbaloi :) berbaloi sebab apa ? tahan sampai 3-4 Bulan. .wah apa lagi ? taknak cuba ke ??




Yang ni set penjagaan kulit lengkap, mengandungi Vita C, Vita E dan B-Complex. .sedia maklum yang vitamin E adalah sangat penting untuk kulit. .dah kenyang-kenyang bagi perut makan, bagilah kulit korang makan pula. .shiaaan kat kulit kita. .yang set ni untuk korang yang ada bajet kewangan lebih dan nak nampak hasil dengan cepat ! rugi nya korang tak nak cuba :P

Yang ni super duper lengkap ! memang terlajak lengkap sebab tambah dengan ESP. .orang kata 'Kalah membeli, menang memakai' tapi tahan lama sampai 3-4 Bulan :) berbaloi tak ? set ini untuk korang yang nak nampak hasil lagi cepat dan berkesan dengan penambahan ESP. .

Ramai yang tanya apa khasiat ESP ni..untuk ibu mengandung je ke? atau untuk yang dah berkahwin je ke ? 
ESP ni baik untuk kulit, untuk mommies yang menyusukan baby nak dapatkan susu yang lebih creamy dan banyak :) untuk ibu mengandung, juga untuk kita pekerja atau student yang letih, cepat lesu dan kena berjaga tiap malam untuk study, buat paperwork. .dan PALING BEST. .hehe mesti tak sabar nak tahu kan ?
paling best untuk korang yang mengamalkan DIET untuk KURUSKAN BADAN dan yang suka berpuasa sebab mengenyangkan perut dan memberi tenaga yang lebih :) banyak kan khasiat dalam satu ESP ni..rugi tak cuba. .

Selain set kecantikan kulit, terdapat juga set-set dari Shaklee mampu milik dan dalam bajet kewangan anda :
- Set Ibu Menyusu
- Set Berpantang
- Set Kurus dan langsing
- Set sendi dan otot
- Set cerdas dan pintar
- Set kesuburan suami isteri
DAN PELBAGAI SET SHAKLEE MENANTI ANDA

Yang bestnya produk Shaklee ni adalah makanan tambahan serta vitamin yang boleh 'Mix and Match' (bergantung pada masalah kesihatan dan panduan produk). .mestilah, Vitamin-vitamin ni penting untuk badan kita. .bakal-bakal pengantin adalah sangat-sangat digalakkan untuk amalkan vitamin ni. .yela, mesti lah kita nak nampak berseri-seri kan masa majlis nanti nak bagi bakal suami/isteri kita bertambah sayang pada kita :) 

Usaha, kita hanya mampu usaha. .mak aku pesan setiap kejadian ada pasangan-pasangannya. .ada lelaki ada perempuan, ada siang ada malam, ada penyakit tentu ada ubatnya. .Nabi pun dah berpesan setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. .usaha selagi termampu :)




Find me on facebook : Ily Aqi
Emel : aqishaklee@yahoo.com
Blog : sonatadecember.blogspot.com
Whatsapp/call/SMS : Nombor telefon diberi untuk serious buyer sahaja..EMELdan PRIVATE MESSAGE/KOMEN di facebook sangat diutamakan :)
Shaklee ID : 1102235

PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA!!!


Thursday, January 16, 2014

Welcome 2014 !!!! Selamat Kembali Berblogging Aqi :)

Assalamualaikum. . 

Agak hampir setahun lebih jugaklah tak update, update pun sebelum ni just a quick update sahaja. .
sebelum masuk tidur, terfikir nak update blog. .just quick and simple update juga. .
Tak terlambat kan nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2014 ? heeee :D

So tahun baru, azam baru, permulaan baru dan segalanya baru. .wuhuuu 
InsyaAllah tahun 2014 adalah tahun yang indah buat aku. .ssshhhhh rahsiaaa dulu :D
dan juga mungkin tahun yang mencabar bagi aku, maklumlah umur nak masuk 23 tahun. .takkan nak duduk di takuk yang lama, mesti kena ada perubahan kan. .moga Allah menguatkan aku :)

Oleh itu,
Aku decide nak memulakan perniagaan online sebagai pendapatan sampingan disamping untuk membantu diri, keluarga dan korang kat luar sana. .InsyaAllah. .juga ni salah satu azam aku pada tahun 2014 !!


Dengan lafaz kalimah 'Bismillahhirrahmanirrahim.......



heeeee... so dengan blog yang sedia ada ni dah macam online shop untuk korang laa kan. .so any updates maybe aku akan publish dalam facebook, instagram dan blog. .nak harga promo ? murah ? dan supplement yang sesuai dengan masalah kesihatan korang. .semua ada kat sini :) yang takde masalah nak buat makanan kesihatan tambahan pun boleh. .very recommended untuk korang yang sangat mementingkan penjagaan kesihatan dalaman/luaran. .boleh beli untuk diri sendiri dan yang tersayang
Yang penting halal, berkualiti dan berbaloi !!!

Pengedar sah Shaklee anda :

Aqidatulhaq
find me on facebook : Ily Aqi
Instagram : Aqimy

Any details/inquiry don't hesitate to leave your comment :)


  

Saturday, December 15, 2012

Konvokesyen Aqi UniSZA 2012

Walaupun cerita ni dah nak basi sebab sekian lama entri ni diperam bagai ikan perkasam, entah kenapa tangan masih liat nak update kan blog . .mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja, biasalah asam garam orang kerja bank. .ada pun waktu cuti hujung minggu memang peruntukkan untuk tidur sepanjang hari . lalalalla ok kalau bakal mak mertua baca ni naya aku . . :D

Alhamdulillah, berkat kegigihan aku apply cuti dengan bos akhirnya dapat jugak cuti dua hari untuk konvokesyen aku di Terengganu . .dua hari je ?? yeeeee dua hari je. .itupun aku kira bersyukur sangat dapat cuti, kalau ikutkan bos aku berat hati gila nak bagi cuti. .
 balik kerja malam jumaat tu jugak gerak ke Terengganu, penat toksah cerita laa kan . .dalam kereta bantai tidur dengkur  . .celik mata dah sampai Kemaman perkena Neslo panas dulu siap-siap . .orang kata jangan tidur dalam kereta, nanti roh tak jumpa jasad . .nasib baik roh aku jumpa jasad kat Kemaman, maklumlah teknologi canggih ada GPS pulak .. *pergh jangan percaya, karut ni semua* -_- 

Dalam 8 pagi baru sampai Kak Mah Homestay Kuala Ibai .. agak jauh jugak dari kampus aku . masa tu aku mengimpikan sebuah mesin urut Ogawa di homestay tersebut, malang sekali yang aku jumpa hanyalah katil dan bantal busuk siapa entah tertinggal . takpe, sudah cukup membuat aku bernafsu untuk tidur dan rehat sebelum giliran aku pulak drive ke kampus menguruskan hal konvokesyen aku. .thanks so much to ayah yang drive jauh untuk anak dia semata-mata nak attend konvo .. sayang abbu, mmuaah seket kat pipi :D

Tetibe aku rasa nak share dengan korang lagi-lagi fresh graduate macam aku ni haa. . CGPA kita kat kampus dulu LANGSUNG tak menggambarkan cara kita bekerja dan berfikir. .sebab bila first time aku jejak kaki ke alam pekerjaan memang zero ! dapat Dean List dua semester ke , award apa yang aku dapat kat sekolah and kampus dulu macam nothing ! .. betapa kerdilnya dan sikit gila ilmu aku bila berada dalam kalangan dorang. . the way they're think, the way they're work  memang sangat mencabar bagi aku. .
Back to the topic, nak dijadikan cerita sebelum konvo aku jalan-jalan sekitar Kuala Terengganu with adik and Mr. F. .biasalah lawat kawan-kawan dulu and lepak kat tapak pesta konvokesyen UniSZA kampus Gong Badak tu . .kepada kawan-kawan yang tak sempat jumpa, aku minta maaf sangat-sangat sebab memang sepanjang aku kat sana memang rushing dan kelam kabut sangat. .jumpa pun sekejap je, ada pun member sempat lagi aku ketuk belakang badan dia dengan skrol je. .sorry Nik, terkuat pulak aqi ketuk . .hahaha so imagine laah betapa tak sempat nye aku nak jumpa korang semua. . .uhuk uhuk T__T
Tapak konvokesyen UniSZA

Lepas konvo memang tak sempat nak bergambar, bayangkan hujan lebat kat luar sana langsung tak sempat snap satu gambar pun .. nasib baik sehari sebelum konvo aku sempat snap beberapa gambar luar kawasan stadium .. oh ya aku konvo di stadium tau, unik tak ? unik tak ? haha angkara dewan utama kampus yang sedang di'renovate -_-

Hai adik-adik ! kini saya berlintas langsung di Stadium tertutup Gong Badak ! belakang tu stadium yang runtuh tu haa. .*gaya pengacara Bananana*

Nah ! besau gedabak gambar aku, malas nak resize punya pasal. .bergambar kat homestay je. .uhuk 
nah pandang lah lihat lah, tiru macam saya :D
dapat munga dari tersayang, sanggup redah hujan belikan aku munga sebelum shoot kat studio with family. . terima kasih sangaaaat :)



ucapan tahniah dari cikgu memang sangaaaaat bermakna buat aku :D happppyyyy ! dengan rasa penuh rendah hati aku ucapkan terima kasih kepada semua cikgu aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, pensyarah-pensyarah aku yang tak pernah jemu mendidik aku. .maafkan saya sepanjang proses mendidik saya mencabar kesabaran, ada melukakan hati cikgu secara sengaja atau tidak. .hanya doa yang mampu saya balas. .saya tak pernah lupakan jasa cikgu-cikgu dan pensayarah-pensyarah saya. . berkat kesabaran dan keikhlasan cikgu pensyarah saya dapat sampai ke tahap ini. .Alhamdulillah, jua kepada kedua-dua 'cikgu' di rumah saya Ummu dan Abbu. . insyaAllah doakan saya dalam kerjaya serta mohon doa dari cikgu supaya saya dapat capai ke peringkat lagi tinggi dalam menimba ilmu . .
TERIMA KASIH CIKGU !

kepada kawan-kawan, terima kasih atas kesabaran melayan karenah aku yang kadang-kadang macam budak, benda kecik pun nak gaduh ye dak ? haha terima kasih kepada sahabat-sahabt dari sekolah sampai Universiti. .terima kasih sebab ajar aku bilamana aku tak faham, ajar aku kenal erti kehidupan, terima kasih kawan-kawan, sahabat-sahabat. .aku mohon dari jauh, maafkan segala kesilapan aku selama kita berkawan. .aku akui aku banyak kelemahan. .terima kasih masih menganggap aku sebagai kawan dan sahabat korang semua :)

ni je gambar yang sempat aku upload due to worst internet connection -_- rindu momen ni kawan-kawan T__T
 oh ya, 12.12.12 yang lepas tarikh lahir aku. . cantik tak tarikh dia ? wah wah dah 21 dah, takboleh lagi gentel-gentel bucu bantal busuk tu semua lagi. . setahun dua lagi dah jadi bini orang pulak. . wah bini kemain sangat. . haha :P ok ni printscreen wish birthday and congrate dari kawan sebelah meja aku masa darjah tiga dulu tau !!! tak sangka Bentham wish kat aku ! thank you so much !!! good luck doctor-to-be :D
terima kasih pada kawan-kawan yang wish birthday di Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram, by SMS pun ada. . terima kasih kepada semua yang wish birthday and congrate :D


cukuplah hanya beberapa keping gambar sahaja yang aku upload, internet pun lembab macam siput tertelan durian je aku nengok. .muahaha


Tq readers !!!




Al-Syauqi pernah bermadah :
'Berdirilah untuk guru, sempurnakanlah penghormatanmu. Kerana guru itu hampir-hampir dia menjadi Rasul. adakah kamu pernah berjumpa dengan orang yang lebih mulia daripada orang yang membina dan menyuburkan jiwa dan akal (pelajarnya) ?'



p/s : Terima kasih kepada ayah ibu, guru-guru, pensyarah-pensyarah, keluarga, sanak saudara, sahabat-sahabat yang menjadi tulang belakang kejayaan saya selama ini. .Alhamdulillah dan Jazakallah untuk semua, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian :)