Thursday, October 27, 2011

Baik korang ngaku cepattt !!





Ada gak sesetengah orang buat status punya la islamik . .laaa . .rupa-rupanya berharap biar status die orang 'LIKE' banyak-banyak . bukan aku kata salah tapi niat tu dah terpesong . .seharusnya buat status camtuh tak mengharapkan apa-apa balasan melainkan keredhaan Allah semata-mata . .tapi apa-apa pun tanggungjawab untuk berdakwah tu terletak pada semua orang yang mengucap kalimah syahadah . .




Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu , bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu , bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu , kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya sesorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna , nescaya tidak akan ada pendakwah , maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan . | Imam Hasan al-Basr



p/s : kalau ada salah silap tegur la dengan cara berhikmah ;)

♥ Resepi Bubur ayam yang simple ♥



Assalamualaikum . .
holaa readers :))

Ok semalam adik aku request supaya aku buatkan bubur ayam untuk die . .sebenarnya aku tak pernah masak bubur and tak pandai masak bubur . .memandangkan cuti semester ni aku takde buat apa-apa . .so apa lagi , aku cuba cari resepi kat pakcik google . . laaa . .yang aku jumpa kebanyakkan dorang blender nasi tu . .alaaaa !! mana sedap camtuh . .takpe takpe , aku search lagi . ..


tadaaaaaaaa .. !!!!!



baru jumpa . .so apalagi , aku terus cek kat fridge dan semua bahan-bahan lengkap . . waaahhh . .apalagi , aku tunjukan skill memasak aku . .yeaaaahhh


ok guys , aku dah cuba masak bubur ayam simple ni .. rasa die memang ummmppphhh lah ! so meh aku nak share resepi die . .okeyh , aku tahu ramai yang dah tahu cara masak benda simple camni kan . .takpe , aku tetap nak share ilmu yang cenonet ni . .moga dapat pahala berlipat ganda . .insyaAllah . .

resepi ni sangat sesuai untuk mereka yang sakit dan buat-buat sakit . .hehe :'D




Bahan-bahannya :

1 cawan beras (basuh dulu tauuu)

8 cawan air (terpulang la nak lembik atau pejal bubur tu nanti)

2 biji kentang (potong kecil-kecil)

1 labu bwg besar ( hiris)

2 ulas bwg putih (hiris)

2 inci halia (hiris)

2 ketul daging ayam

satu ketul kiub perasa ayam (kiub Ayam knorr)

sedikit lada hitam (ditumbuk sederhana hancur)

sedikit lada putih

garam secukup rasa



Cara-cara :

1. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga naik bau

2. Masukkan air, biarkan mendidih

3. Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dengan api besar

4. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan-bahan perasa

5. Masakkan bubur dengan api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat dan kembang. Tambah air kalau tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala.

6. Agak-agak ayam dan kentang dah lembut . .so siap dihidangkan :)



**Hiasan :

Daun sup atau bawang goreng dan taburkan diatas bubur kalau suke :)


kalau nak sedap lagi . .korang potong cili api gaulkan dengan kicap lepas tuh gaul pulak dengan bubur . . waaaaaa terliur @__@



Siap ! mudah kan ?


gambar ihsan google





p/s : picit butang 'LIKE' kalau suka entri ini :) sharing is caring ♥



Wednesday, October 26, 2011

Apa maksud 'a.k.a' 'a.s.a.p' 'DP' 'LOL' dan ....



Assalamualaikum . .
hye readers !!



fuhh . .fuhhh . .fuhhhhhhh waaa . .habis muka ni penuh dengan habuk-habuk .. aku rasa agak lama tak update blog ni . .hehehe sorryy sorryyy and sorrrryyyyyy sangat-sangat sebab tak respond komen-komen pembaca semua pada entri yang lepas . .terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen sebagai seorang pelajar dan anak . .**ececece tapi apa apa pun , Alhamdulillah . . walau tak banyak follower at least aku dah cuba tingkatkan follower and reader aku . . thanks a lot yeah kamu-kamu semua . .***maaf panggilan 'aku' pada yang lebih tua >,<


okeyh , berbalik pada tajuk entri ni . .korang selalu tak baca komen-komen kat facebook , kadang-kadang SMS dari kawan-kawan korang dan jumpa perkataan seperti 'LOL' , 'A.S.A.P' , 'a.k.a' tu semua ?? heeee aku selalu ketinggalan dalam bab-bab camni . .haha kadang-kadang aku tak faham pun apa yang dorang cakapkan . .'LOL' lah 'DP' lahhh ..errrr . .nak tak nak , buat muke bajet faham . padahal satu haram pun aku tak faham . . kadang-kadang aku main guna je perkataan tu tanpa faham maksud die . .pehhh kalau salah guna , kan malu besau nanti . .heh


sebenarnya , aku baru tahu 'DP' tu maksudnya 'Default Picture' grrr . .yang lain-lain tu aku faham laa sikit-sikit tapi perkataan 'LOL' tu sampai sekarang aku tak tahu guna dalam situasi macam mana .. hahaha **pengakuan berani mati


haaa . .tapi sekarang aku dah tak perlu risau lagi . .aku ada kamus yang membantu aku cari maksud ayat budak-budak zaman sekarang nihh . .korang takyah susah-susah beli kamus besta atau kamus oxford ke hape benda sume laah . .korang just pergi ke Urban Dictionary ni . .kat situ korang boleh lah cari macam-macam perkataan baru yang korang jarang dengar . .hihihi


Dengan adanya Urban Dictionary ni . .so lepas ni korang boleh ber'LOL' tak tentu masa , tak kira dimana korang berada . . haha

LOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLLOLOL . .






p/s : picit butang 'LIKE' kalau suke entri ini dan jangan lupa comment and follow sekali yeee :)