Tuesday, December 27, 2011

Tips Belajar 'Last Minute'



ohh memandangkan sekarang musim peperiksaan terutama pada korang yang ambil Ijazah..aku nak share sedikit Tips belajar Last Minute . .hmm . . mesti korang rasa lega sikit kan ada tips belajar 'Last Minute' macam ni . .huehue apa lagi , jangan buang masa ! jom kita baca apa tips-tips nya kan . . .


Walaupun korang sendiri tahu bahawa belajar last minute atau study last minute merupakan salah satu cara terburuk untuk belajar tetapi kenyataan hampir semua orang terjerumus dalam study last minute. Disini saya nak bagi tips belajar last minute yang sesuai untuk semua lapisan pelajar. Antara tipsnya:


Tips belajar last minute ke-1

baca dahulu keseluruhan topic (sekadar review sahaja) kemudian hanya fokus pada bahagian summary topic sahaja. selalunya buku teks selalu provide summary di bahagian last sesuatu topic. Itu bermakna ia adalah pekara penting yang perlu anda tahu.


Tips belajar last minute ke-2

Beri penekanan kepada apa yang lecturer tekankan. Teknik ini paling berkesan kerana hampir 50 % examination keluar dari apa yang ditekankan lecturer.


Tips belajar last minute ke -3

Jangan membuat note, itu bukan caranya kerana anda kesuntukan masa. hanya list down pekara penting sahaja. . .haa yang ni ramai student dan kawan-kawan aku sendiri pun buat . .uishhhh salah besar tu , dah tahu kesuntukan masa tapi dok ringkaskan nota , menulis dengan nota yang berwarna warni lagi tuh. . buang masa je !! kalau korang nak buat nota bukan ni masanya , masanya setiap habis waktu kuliah atau bila habis setiap bab yang dah diajar . .balik hostel buat nota . .barulah betul !!







Tips belajar last minute ke -4

Set mind bahawa semuanya dalam keadaan baik ataupun dalam bahasa Jawa nya "all is well" supaya anda tidak gelabah dalam peperiksaan.


Tips belajar last minute ke -5

Tumpukan kepada subjek yang susah sahaja, jika anda sudah paham sesuatu subjek tidak perlu anda mengambil masa yang lama untuk memahaminya lagi.


Tips belajar last minute ke-6

Perbanyakkan buat soalan exam yang lepas, hampir 65 % adalah soalan berulang.

Jika subjek Mathematic, disarankan hanya membuat soalan past year sahaja. . paham formula dan buat latihan. . Tips ni memang sangattt membantu aku masa aku sem 3 dulu. .sekali time exam keluar sebijik soalan macam tahun lepas punye. . aku goyang kaki lah jawab. .muehehe


Tips belajar last minute ke -7

Stay up hanya sekadar anda mampu sahaja. jangan memaksa kerana anda dapat zero jer jika memaksa otak. ambil selang masa yang sesuai untuk rehatkan otak kemudian sambung study semula


Tips belajar last minute ke -8

Banyaklah bodek lecturer korang.. mana tau kot2 dia terbagitau ^_^. tapi jangan lak nak rasuah tak pun jual badan yer. . hahaha kalau student lelaki bodek lecturer perempuan memang menjadi . .macam tu gak sebaliknya . .realiti nih . .haha


Tips belajar last minute ke-9

Tumpu lebih masa kepada subject yang korang dapat carry mark rendah. usaha untuk mendapatkan result yang lebih bagus untuk subjek itu. Dan akhir sekali, banyakkanlah berdoa agar apa yang korang baca tu korang boleh ingat.



amacam? boleh bantu legakan korang sikit tak ? kalau boleh. .Alhamdulillah . .apa pun jangan lengahkan baki masa yang ada. . lepas je baca tips ni , korang follow blog aku , tutup laptop dan terus study okeyh ? muehehehe





p/s : ingat.. usaha-usaha gak . .doa dan tawakkal tu penting . .solat sunat tu jangan time exam je . .ni ingat Allah time susah je, time senang lupa pulakk ..adehh

Sumber : Facebook ; diolah sedikit supaya cukup masam dan manis nyaaaa . . :P

Sunday, December 25, 2011

Kenapa Kucing Suka Makan Rumput





why do cats eat grass ?? kenapa kucing makan rumput ?? pernah tak korang tengok kucing korang makan rumput kat luar rumah ?? haa kalau korang nampak kucing korang makan rumput kat luar rumah jangan dihalang sebab dia tengah rawat tubuh dia tu . .



aku pernah tanya kat kawan aku kenapa kucing makan rumput .. korang tahu dia jawab apa ?

orang makan sayur , kucing pun nak makan sayur jugak laa . .**dengan confident dia jawab

barulah aku tahu sekarang yang dia buat buat pandai . .haha



kalau korang nak tahu , kucing ni binatang yang pembersih sebab sifat dia yang suka membersihkan diri. .kucing ni guna lidah dia yang kasar untuk bersihkan badan dia dengan menjilat bulunya . .haaa kalau korang malas mandi tu , sila lah malu kepada kucing kucing anda.. muehehe

Melalui pembacaan aku sebelum ni , kajian mengatakan walaupun kucing ni suka jilat bulu bulu dia . . tapi kuman dalam mulut kucing lagi sikit jika dibandingkan dengan kuman dalam mulut manusia dan anjing tau . .


ohh mulut manusia lagi banyak kuman dari mulut kucing ???


Yup ! sebab manusia suka mengumpat , bergosip , mengata . .hahaha



ok mulut anjing memang paling banyak kuman laa . . that's why kita Muslim tak boleh sentuh anjing , kalau sentuh kena samak dengan air tanah beserta air mutlak . . kalau nak tahu lebih lanjut mengenai cara samak dan hikmah menggunakan air tanah sebagai bahan untuk samak sila search kat google :P






ok berbalik pada kisah , disebabkan si kucing yang suka jilat dan bersihkan bulu dia ni . .maka banyak bulu mati atau yang dah gugur melekat kat lidah kucing ni . .so korang kena bebaskan kucing korang bermain kat kawasan rumput supaya kucing korang makan rumput dan dapat memuntahkan bulu bulu yang telah ditelan yang dikenali sebagai 'Hairball' . .ohh comel nama..







bagi yang tinggal kat rumah flat ke , apartment ke , kondomunium lapanbelastingkat ke . .korang jangan risau ..cari produk 'rumput palsu' yang dijual kat kedai veterinar untuk kucing . .aku pun lupa ape benda tah nama produk tu . . nak senang tanam rumput dalam pasu .. haa ni bertujuan untuk mengelakkan kucing korang termakan rumput beracun . .ingat tu !!

jangan lupa sikat bulu kucing korang supaya dapat mengurangkan hairball dalam badan dia . .cian kat die tau . .meooowwww~~







Wednesday, December 14, 2011

Takziah Kepada Mangsa Kejutan Elektrik [Tragis]



Assalamuaikum . .

begitulah kehidupan di donia ni . . ada yang datang dan ada yang pergi . .kematian itu sudah pasti buat setiap yang bernyawa . .aku turut bersimpati atas nasib keluarga mangsa . .pasti mereka tidak dapat menerima kematian ahli keluarga mereka. . apapun aku hanya berharap agar keluarga mangsa dapat menerima ketentuan takdir dan tabah meneruskan kehidupan akan datang . .






























































p/s : kena tukar plug laa lepas ni . .

Thursday, October 27, 2011

Baik korang ngaku cepattt !!





Ada gak sesetengah orang buat status punya la islamik . .laaa . .rupa-rupanya berharap biar status die orang 'LIKE' banyak-banyak . bukan aku kata salah tapi niat tu dah terpesong . .seharusnya buat status camtuh tak mengharapkan apa-apa balasan melainkan keredhaan Allah semata-mata . .tapi apa-apa pun tanggungjawab untuk berdakwah tu terletak pada semua orang yang mengucap kalimah syahadah . .




Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu , bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu , bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu , kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya sesorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna , nescaya tidak akan ada pendakwah , maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan . | Imam Hasan al-Basr



p/s : kalau ada salah silap tegur la dengan cara berhikmah ;)

♥ Resepi Bubur ayam yang simple ♥



Assalamualaikum . .
holaa readers :))

Ok semalam adik aku request supaya aku buatkan bubur ayam untuk die . .sebenarnya aku tak pernah masak bubur and tak pandai masak bubur . .memandangkan cuti semester ni aku takde buat apa-apa . .so apa lagi , aku cuba cari resepi kat pakcik google . . laaa . .yang aku jumpa kebanyakkan dorang blender nasi tu . .alaaaa !! mana sedap camtuh . .takpe takpe , aku search lagi . ..


tadaaaaaaaa .. !!!!!



baru jumpa . .so apalagi , aku terus cek kat fridge dan semua bahan-bahan lengkap . . waaahhh . .apalagi , aku tunjukan skill memasak aku . .yeaaaahhh


ok guys , aku dah cuba masak bubur ayam simple ni .. rasa die memang ummmppphhh lah ! so meh aku nak share resepi die . .okeyh , aku tahu ramai yang dah tahu cara masak benda simple camni kan . .takpe , aku tetap nak share ilmu yang cenonet ni . .moga dapat pahala berlipat ganda . .insyaAllah . .

resepi ni sangat sesuai untuk mereka yang sakit dan buat-buat sakit . .hehe :'D




Bahan-bahannya :

1 cawan beras (basuh dulu tauuu)

8 cawan air (terpulang la nak lembik atau pejal bubur tu nanti)

2 biji kentang (potong kecil-kecil)

1 labu bwg besar ( hiris)

2 ulas bwg putih (hiris)

2 inci halia (hiris)

2 ketul daging ayam

satu ketul kiub perasa ayam (kiub Ayam knorr)

sedikit lada hitam (ditumbuk sederhana hancur)

sedikit lada putih

garam secukup rasa



Cara-cara :

1. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga naik bau

2. Masukkan air, biarkan mendidih

3. Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dengan api besar

4. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan-bahan perasa

5. Masakkan bubur dengan api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat dan kembang. Tambah air kalau tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala.

6. Agak-agak ayam dan kentang dah lembut . .so siap dihidangkan :)



**Hiasan :

Daun sup atau bawang goreng dan taburkan diatas bubur kalau suke :)


kalau nak sedap lagi . .korang potong cili api gaulkan dengan kicap lepas tuh gaul pulak dengan bubur . . waaaaaa terliur @__@



Siap ! mudah kan ?


gambar ihsan google





p/s : picit butang 'LIKE' kalau suka entri ini :) sharing is caring ♥



Wednesday, October 26, 2011

Apa maksud 'a.k.a' 'a.s.a.p' 'DP' 'LOL' dan ....



Assalamualaikum . .
hye readers !!



fuhh . .fuhhh . .fuhhhhhhh waaa . .habis muka ni penuh dengan habuk-habuk .. aku rasa agak lama tak update blog ni . .hehehe sorryy sorryyy and sorrrryyyyyy sangat-sangat sebab tak respond komen-komen pembaca semua pada entri yang lepas . .terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen sebagai seorang pelajar dan anak . .**ececece tapi apa apa pun , Alhamdulillah . . walau tak banyak follower at least aku dah cuba tingkatkan follower and reader aku . . thanks a lot yeah kamu-kamu semua . .***maaf panggilan 'aku' pada yang lebih tua >,<


okeyh , berbalik pada tajuk entri ni . .korang selalu tak baca komen-komen kat facebook , kadang-kadang SMS dari kawan-kawan korang dan jumpa perkataan seperti 'LOL' , 'A.S.A.P' , 'a.k.a' tu semua ?? heeee aku selalu ketinggalan dalam bab-bab camni . .haha kadang-kadang aku tak faham pun apa yang dorang cakapkan . .'LOL' lah 'DP' lahhh ..errrr . .nak tak nak , buat muke bajet faham . padahal satu haram pun aku tak faham . . kadang-kadang aku main guna je perkataan tu tanpa faham maksud die . .pehhh kalau salah guna , kan malu besau nanti . .heh


sebenarnya , aku baru tahu 'DP' tu maksudnya 'Default Picture' grrr . .yang lain-lain tu aku faham laa sikit-sikit tapi perkataan 'LOL' tu sampai sekarang aku tak tahu guna dalam situasi macam mana .. hahaha **pengakuan berani mati


haaa . .tapi sekarang aku dah tak perlu risau lagi . .aku ada kamus yang membantu aku cari maksud ayat budak-budak zaman sekarang nihh . .korang takyah susah-susah beli kamus besta atau kamus oxford ke hape benda sume laah . .korang just pergi ke Urban Dictionary ni . .kat situ korang boleh lah cari macam-macam perkataan baru yang korang jarang dengar . .hihihi


Dengan adanya Urban Dictionary ni . .so lepas ni korang boleh ber'LOL' tak tentu masa , tak kira dimana korang berada . . haha

LOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLLOLOL . .






p/s : picit butang 'LIKE' kalau suke entri ini dan jangan lupa comment and follow sekali yeee :)






Thursday, September 29, 2011

Jom tambah follower











Salam readers !!


yuhuuuu . . .teruja join segmen 'JOM TAMBAH FOLLOWER' . . mana taknya . . ni first time aku join segmen-segmen macam ni . .sebelum ni aku tak pernah join mana-mana segmen or contest pun . . so rase teruja nya sampai ke planet Zuhal . . apa-apa pun u'olls meh join segmen 'JOM TAMBAH FOLLOWER' **sila sebut ikut nada Mari mengaji bersama Ustaz Zamri . . kikiki :'P


Tarikh Tutup Jumaat ni 30/09/11 , pukul 3 petang . . weeeeeeee ^_____^





p/s : rugi tak join :)

Tuesday, September 20, 2011

Wordless Wednesday #3











p/s :

Tuesday, September 6, 2011

Tutorial melukis Doodle [ Photoshop CS5 ]



Assalamualaikum semuaa . .

tengah buat apa tu ?? haa . .hari ni aku nak ajar korang camne lukis doodle . . actually aku bukanlah expert sangat dalam photoshop ni . . baru merangkak - rangkak lagi dalam lukisan doodle and dlm penggunaan photoshop ni . . oleh sebab ada yang bertanya macam mana aku buat doodle . so aku share kan lah ilmu yang tak seberapa ni pada korang semua . . hehe sharing is kongsi kan ?? :D
(maaf kondisi gambar sangat la kecil . . sorry )



ok first korang mesti and WAJIB ada software PHOTOSHOP CS5 tau . . kalau tak, camne nak buat kan . . ok kalau yang takde tu meh download kat sini . . :)





ok langkah pertama :

1. Buat satu ruang kerja yang baru
kotak hijau : korang boleh adjust sendiri nak saiz berapa :)
kotak purple : pilih background contents samaada WHITE atau
TRANSPARENT




2. Kotak Kuning
Pilih PEN TOOL ..make sure PEN TOOL yee . . kalau nak tau pen tool atau tak . . 'right click' kat kotak kuning gambar cam pen tu dan pilih PEN TOOL . . faham ?




A & B dilabelkan utk memudahkan kefahaman anda semua . .(abaikan perkataan menegak tu )



3. Klik kat point A . . [ ingat ! jangan tarik ke point B, klik je kat point A ] . Kemudian , klik pulak pada point B . . faham ?










4. ok langkah seterusnya . . right click pada PEN TOOL cam kat atas gambar tuh dan pilih ADD ANCHOR POINT TOOL . . ni kita nak lukis garisan bengkang - bengkok atau apa apa jelah . . sesuai untuk lukis mulut , kening dan sewaktu dengannya . .


ok selepas pilih ADD ANCHOR POINT tu tadi . . CLICK pada point C . . camne kawan kawan ? jadi tak ?? ok bile dah jadik , jom kite ke langkah seterusnya . .



5. sudah klik pada point C ? ok jom kite main tarik- tarik pada point C yang dalam kotak merah tu . . [tetibe teringat teh tarik mamak kedai Dollah . . grrrr]




6. sudah ? ok nampak tak garisan keluar kat bawah lengkungan antara point D dan E tersebut ? dua point ni boleh ditarik-tarik sama ada ke atas atau ikut suke kamu lah . . ehehehe :'D macam gambar kat bawah ni haa . .

7. sekarang kite nak buat STROKE pada doodle . . pilih warna stroke mengikut citarasa anda dengan klik pada foreground colour [kotak kuning]. . lepas tu klik OK . . cam kat bawah gambar ni . . faham ?






lepas tu , klik BRUSH TOOL pulak macam kat dalam kotak hijau bawah ni. .









akan keluar seperti ini . .







kat kotak biru tu ada nombor 7 kan ? klik BUTANG antara nombor 7 dan gambar brush tool tu . . pilih saiz brush anda . . jangan terlalu kecik dan besar sangat tau . .



8. Sudah faham ? klik pada PEN TOOL semula . . pada kertas lukisan anda , RIGHT CLICK dan pilih STROKE PATH seterusnya pilih BRUSH cam kat bawah gambar ini . . dapat ?











kemudian jadi cam kat bawah ini . . dan jangan lupa , bile sudah selesai lukisan anda . . jangan lupa RIGHT CLICK pada garisan atau nama lain die 'PATH' dan pilih DELETE PATH . .



so die jadik macam kat bawah ni . .





nampak tak perbezaan garisan die sebelum dan selepas ? kalau tak nampak , ketuk kepala anda sendiri . . hikhikhik :'P






so ini lah contoh lukisan yang aku pernah buat . . tak lah cantik sangat . . biasa biasa je . . al-maklum lah baru belajar lagik . . korang jangan pernah berputus asa . . tu salah satu tips die . .dan ingat , kalau takde seni pun . . kalau dah minat memang akan timbul seni atau kreativiti korang tu . . sesetangah orang ada seni and bakat tapi tak minat . . tak leh gak jalan . . betol tak ? ke aku yang salah ? hehehe lagi satu, korang kena berani untuk godek godek semua yang ada dalam photoshop ni . . selalu belajar dari kesilapan okeyh ?? jangan risau . . rosak download lagik . . hehehe








okeyh itu saja dari saya . . kalau ada masalah boleh conteng ruang komen di bawah yee . . sebarang pertanyaan di shoutbox tidak akan dilayan .. :)











p/s : kredit belog nadhirah :)
p/s/s : kalau nak warnakan doodle , guna BRUSH TOOL atau PAINT BUCKET TOOL :)

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Wordless Wednesday #1










[Tazkirah] Lelaki Kacak Bersama Jenazah


Assalamualaikum . .


Sebelum tu aku nak ucapkan salam Ramadhan Al-Mubarak . .semoga segala amalan kita diterima Allah . .jadikan Ramadhan kali ni adalah Ramadhan yang terbaik dari tahuntahun yang lepas . .tingkatkan amalan dan usaha sungguhsungguh untuk perbaiki amalan kita seolah-olah ni lah Ramadhan yang terakhir buat kita . . yang kuat menghasut tu, hentikan lah . .yang kuat mengumpat tu sedarsedar la . .yang tak tutup aurat tu . .ingatingat la bahawa kematian semakin menghampiri kita . .insyaAllah . .nasihat buat diriku yang banyak kelemahan ni juga. . .


kali ni aku bawa sedikit tazkirah yang menarik untuk dikongsi bersama . .aku petik tazkirah ni dari facebook . . sebelum tu meh la follow blog aku yang tak seberapa ni . . hehehe






Hadis yang Menarik

Rasulullah S.A.W bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah . . . Dua malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.