Tuesday, November 13, 2012

7 Tempat Yang Paling Ingin Dilawati Aqi

Haha Hari ni cuti sempena Deepavali, alangkah bestnya hidup kalau hari ni kerja, esok cuti, hari ni kerja esok cuti ..kenapa laa orang yang firsssssssst buat hari bekerja ni tak buat selang seli hari kerja dengan cuti . .baru lah dapat lahirkan pekerja yang produktif seterusnya melahirkan masyarakat yang inovatif . .muahahahha  ikut suka kepala aku je pulak kan . .kiikiki

Sepanjang hari ni, online tidur, online tidur . .memang tak buat apa-apa, cuaca sejukkkk sangat. .tiap tiap hari hujan lebat . .takpe, memang aku suka tiap tiap hari hujan . .barulah feeling-feeling winter sonata sikit .. muehehe

Cakap pasal winter sonata ni, entah bila laa aku boleh sampai sana . .nak melancong ke luar negara, kena ada duit berpuluh ribu riban . .tak main lah seratus dua hengget ! tapi apapun, dari kecik lagi aku dah letakkan syarat kat diri aku sendiri .. aku takkan jejakkan kaki ke luar negara selagi tak sampai ke Makkah laksanakan Haji/Umrah . .memang itu syarat sebelum aku boleh melancong ke luar negara .. tapi kalau setakat Singapore, Brunei, Indonesia atau Thailand ni lain cerita laa sikit sebab tak makan duit berpuluh ribu riban ..hehehe
Ni lah antara tempat-tempat yang aku teringinnnnn sangat nak lawat . .
1) Makkah, Arab Saudi
 tengok Kaabah pun dah dapat pahala tau :)

 ni laa negara yang teringin sangat aku nak lawat sekali gus laksanakan ibadah rukun Islam yang kelima .. kalau tak sampai ke sini lagi, jangan harap aku boleh ke negara lain . .uhuk uhuk
hari-hari kumpul duit, target sebelum umur 30 tahun mesti sampai sini !! insyaAllah aminnn kalau panjang umur dan sihat badan . .kalau boleh nak pergi dengan husband berdua. .so kena la kahwin dulu sebelum sampai sini muehehehehe :'D

2) Bali / Bandung/ Jakarta/ Bukit Tinggi , Indonesia 



Baaaaliiiii !!! tak tahu kenapa teringin sangat nak pergi, padahal banyak orang hindu and makanan halal payah nak cari rasanya . .dahla ada kes bom bom tu semua tapi entahlah.teringin sangat nak pergi . .weeee

 Aku pun asal usul memang berdarah Minangkabau. . keturunan belah mak aku asal dari Bukit Tinggi, Indonesia ..tapi mak aku membesar kat Tampin, Negeri Sembilan .. hehe :) bangga asal orang minang ni, sebab orang minang ni pandai meniaga, masak pon sodap .. katanya laah . .hahaha

Jakarta !!  :) cantik kan ? Jakarta sebuah kota yang beberapa tahun lagi maju dahulu tau before Kuala Lumpur . .teringin nak jumpa Afgan atau Sammy Simorangkir, penyanyi favorite aku tu.. muehehehe *shoppinnnnggg*

3) Beijing, Shanghai, China

Great Wall of China :)

Shanghai . . kalau terjemahkan bermaksud 'Atas Laut' hehe dulu masa aku sekolah cina, cakap dengan mak ayah yang nak sambung belajar kat Beijing, nak kahwin dengan orang cina . .hehehe tapi tu semua dulu, sekarang nak kahwin dengan wong jowo dari Klang  .ekekkeke :P
Takdapat sambung belajar kat China pun takpela asalkan dapat pergi melancong . .teringin sangat nak lawat saudara muslim di China . :) dalam hati still simpan hasrat nak sambung sana dalam bahasa atau perniagaan :)

4) Venice, Italy



Arggggghhh !! Ya Allah bila laah aku boleh sampai ke kota romantik ni . .teringin sangat nak naik sampan yang ada orang dayung sambil nyanyi lagu itali tu . .oh ye kot ada orang nyanyi tu .. hahaha
nak hilangkan kempunan, pergi Mines kat Serdang atau Cruise Tasik Putrajaya tu pun jadilah . .sobss sobss
 
5) Istanbul, Turki


ni bukan penangan cerita Istanbul Aku Datang tu ek .. ni memang dah lama teringin nak pergi sini . .sejak kenal lagu Al-Hambra dari kumpulan nasyid FarEast tu laa yang aku teringin sangat nak lawat . .banyak kisah kegemilangan sejarah Islam kat sini . .Ya Allah, perkenankan hasrat hamba :( eh kata kat sana ada satu tempat yang penuh kucing kan ?? naaaaaak pergiiiiiiii ! mesti best tangkap gambar dengan budak budak bulus tu kan. .ceh ! padahal kat rumah ada 8 ekor kucing .. hahaha

6) Eiffel Tower, Perancis


tipulaah kalau aku tak teringin nak pergi sini .. berangan nak honeymoon, cewaaaah . .hahahha itupun kalau duit banyak berkepuk-kepuk laa kan . .muehehe
takpunnnn,



7) Pulau Nami, Korea Selatan

erkk actually gambar ni aku main bedal je ambil. .Pulau Nami, tempat shoot cerita Winter Sonata . . hey tentulah aku nak pergi sana!! aku peminat setia cerita Winter Sonata kot, nama blog pun dah Sonata December . .haruslah pergi !!! tapi tapi tapi  taknak pergi masa winter, nak pergi masa musim luruh . .awwww romantiknya aqi ni :D


Last but not least, kenal tak ni kat mana ? haaa ni lah Russia. .dua minggu lagi aku nak pergi sana .. :P
nehi, nehi . .=,=
 ni cuma Stadium tertutup Gong Badak, Terengganu jewww . .hujung bulan ni ada konvokesyen kat sana sekali menjadi atlit acara Batu Seremban berirama..  

dah penat mengarut, sambung mengarut dengan member-member kat tempat kerja pulak esok . .
till then !

chiaaooo !! HAHA :P

0 comments:

Post a Comment

Mulut jangan laserr tauuu :'P

Thankkk youu :)