Tuesday, November 13, 2012

7 Tempat Yang Paling Ingin Dilawati Aqi

Haha Hari ni cuti sempena Deepavali, alangkah bestnya hidup kalau hari ni kerja, esok cuti, hari ni kerja esok cuti ..kenapa laa orang yang firsssssssst buat hari bekerja ni tak buat selang seli hari kerja dengan cuti . .baru lah dapat lahirkan pekerja yang produktif seterusnya melahirkan masyarakat yang inovatif . .muahahahha  ikut suka kepala aku je pulak kan . .kiikiki

Sepanjang hari ni, online tidur, online tidur . .memang tak buat apa-apa, cuaca sejukkkk sangat. .tiap tiap hari hujan lebat . .takpe, memang aku suka tiap tiap hari hujan . .barulah feeling-feeling winter sonata sikit .. muehehe

Cakap pasal winter sonata ni, entah bila laa aku boleh sampai sana . .nak melancong ke luar negara, kena ada duit berpuluh ribu riban . .tak main lah seratus dua hengget ! tapi apapun, dari kecik lagi aku dah letakkan syarat kat diri aku sendiri .. aku takkan jejakkan kaki ke luar negara selagi tak sampai ke Makkah laksanakan Haji/Umrah . .memang itu syarat sebelum aku boleh melancong ke luar negara .. tapi kalau setakat Singapore, Brunei, Indonesia atau Thailand ni lain cerita laa sikit sebab tak makan duit berpuluh ribu riban ..hehehe
Ni lah antara tempat-tempat yang aku teringinnnnn sangat nak lawat . .
1) Makkah, Arab Saudi
 tengok Kaabah pun dah dapat pahala tau :)

 ni laa negara yang teringin sangat aku nak lawat sekali gus laksanakan ibadah rukun Islam yang kelima .. kalau tak sampai ke sini lagi, jangan harap aku boleh ke negara lain . .uhuk uhuk
hari-hari kumpul duit, target sebelum umur 30 tahun mesti sampai sini !! insyaAllah aminnn kalau panjang umur dan sihat badan . .kalau boleh nak pergi dengan husband berdua. .so kena la kahwin dulu sebelum sampai sini muehehehehe :'D

2) Bali / Bandung/ Jakarta/ Bukit Tinggi , Indonesia 



Baaaaliiiii !!! tak tahu kenapa teringin sangat nak pergi, padahal banyak orang hindu and makanan halal payah nak cari rasanya . .dahla ada kes bom bom tu semua tapi entahlah.teringin sangat nak pergi . .weeee

 Aku pun asal usul memang berdarah Minangkabau. . keturunan belah mak aku asal dari Bukit Tinggi, Indonesia ..tapi mak aku membesar kat Tampin, Negeri Sembilan .. hehe :) bangga asal orang minang ni, sebab orang minang ni pandai meniaga, masak pon sodap .. katanya laah . .hahaha

Jakarta !!  :) cantik kan ? Jakarta sebuah kota yang beberapa tahun lagi maju dahulu tau before Kuala Lumpur . .teringin nak jumpa Afgan atau Sammy Simorangkir, penyanyi favorite aku tu.. muehehehe *shoppinnnnggg*

3) Beijing, Shanghai, China

Great Wall of China :)

Shanghai . . kalau terjemahkan bermaksud 'Atas Laut' hehe dulu masa aku sekolah cina, cakap dengan mak ayah yang nak sambung belajar kat Beijing, nak kahwin dengan orang cina . .hehehe tapi tu semua dulu, sekarang nak kahwin dengan wong jowo dari Klang  .ekekkeke :P
Takdapat sambung belajar kat China pun takpela asalkan dapat pergi melancong . .teringin sangat nak lawat saudara muslim di China . :) dalam hati still simpan hasrat nak sambung sana dalam bahasa atau perniagaan :)

4) Venice, Italy



Arggggghhh !! Ya Allah bila laah aku boleh sampai ke kota romantik ni . .teringin sangat nak naik sampan yang ada orang dayung sambil nyanyi lagu itali tu . .oh ye kot ada orang nyanyi tu .. hahaha
nak hilangkan kempunan, pergi Mines kat Serdang atau Cruise Tasik Putrajaya tu pun jadilah . .sobss sobss
 
5) Istanbul, Turki


ni bukan penangan cerita Istanbul Aku Datang tu ek .. ni memang dah lama teringin nak pergi sini . .sejak kenal lagu Al-Hambra dari kumpulan nasyid FarEast tu laa yang aku teringin sangat nak lawat . .banyak kisah kegemilangan sejarah Islam kat sini . .Ya Allah, perkenankan hasrat hamba :( eh kata kat sana ada satu tempat yang penuh kucing kan ?? naaaaaak pergiiiiiiii ! mesti best tangkap gambar dengan budak budak bulus tu kan. .ceh ! padahal kat rumah ada 8 ekor kucing .. hahaha

6) Eiffel Tower, Perancis


tipulaah kalau aku tak teringin nak pergi sini .. berangan nak honeymoon, cewaaaah . .hahahha itupun kalau duit banyak berkepuk-kepuk laa kan . .muehehe
takpunnnn,



7) Pulau Nami, Korea Selatan

erkk actually gambar ni aku main bedal je ambil. .Pulau Nami, tempat shoot cerita Winter Sonata . . hey tentulah aku nak pergi sana!! aku peminat setia cerita Winter Sonata kot, nama blog pun dah Sonata December . .haruslah pergi !!! tapi tapi tapi  taknak pergi masa winter, nak pergi masa musim luruh . .awwww romantiknya aqi ni :D


Last but not least, kenal tak ni kat mana ? haaa ni lah Russia. .dua minggu lagi aku nak pergi sana .. :P
nehi, nehi . .=,=
 ni cuma Stadium tertutup Gong Badak, Terengganu jewww . .hujung bulan ni ada konvokesyen kat sana sekali menjadi atlit acara Batu Seremban berirama..  

dah penat mengarut, sambung mengarut dengan member-member kat tempat kerja pulak esok . .
till then !

chiaaooo !! HAHA :P

Thursday, October 11, 2012

Sambal Asam Jawa

Assalamualaikum semua . .

hari ni tetibe mood aku datang untuk update blog. . so hari ni rasanya nak kongsi ilmu sedikit kat korang semua ..

aku ni suka memasak tapi takdelah rajin sangat masak sebab aku kerja, weekend pulak bantai tengok TV je dan tolong mak masak sikit-sikit . .(sikit-sikit tu yang mahal..kikiki) tapi kalau mood masak aku datang . .memang satu hari macam-macam masakan aku nak masak . .ahh spend time kat rumah dengan masak-masak lebih heaven dari spend time dengan kawan-kawan . .:D

ok back to the topic, korang pernah dengar atau pernah makan Sambal Asam Jawa ? kata mak aku sambal ni resepi dari arwah nenek aku ..so sambal ni lain dari yang lain sikit ..muehehe apa salahnya kalau aku share  ilmu ni supaya korang semua boleh try kat rumah nanti kot-kot nak ubah selera ke, atau nak pikat hati suami/mak mertua kan kan kan . .hehe

ok stop merapu, jom masak !

Sambal Asam Jawa ( Sesuai dimakan dengan ikan kukus goreng/ulam-ulaman)

1) Sedikit Cili Kering (Celur dahulu dalam air panas mendidih)
2) 5 biji bawang merah (goreng agak layu)
3) Sedikit Belacan (agak-agak dalam secubit)
4) Sedikit perahan air Asam Jawa (sedikit pekat, campur dengan air masak tau !)
5) Sedikit garam


Cara Menyediakan :

1) Tumbuk cili bersama sedikit belacan dan sedikit garam
2) Masukkan bawang, tumbuk
3) Masukkan air asam jawa pekat 
4) Gaul serta hidangkan

Mudahkan ? simple tapi rasanya vavavoom gituh . .kikiki rahsia sambal yang sedap dan tahan lama bila bawang digoreng dahulu dan cili dicelur dengan air panas . .pssttt rahsia masakan mak aku yang sedap dah terbongkar . .hihihi
apalagi, cubalah !! :D


gambar ihsan google



p/s : gambar takde yang sesuai :'P

Thursday, April 12, 2012

Tutorial Install Instagram Dan Cara Menggunakan Untuk Android




Assalamualaikum semua

akhirnya application yang ditunggu-tunggu untuk semua pengguna Android dah keluar !! apalagi kan kalau bukan Instagram . .aku salah sorang yang memang dah lama menantikan application Instagram ni untuk dimasukkan ke dalam smartphone aku .. memang awesome gila !

Bagi yang belum mengetahui apa itu Instagram . .Instagram ni application yang paling popular di mana kita boleh ambil gambar,edit gambar, berkongsi gambar-gambar ke laman sosial (Facebook,Twitter, etc). Application Instagram ni sebenarnya untuk pengguna iPhone. .dulu aku jealous gila tengok iPhone user guna app ni . . but now pengguna Android boleh menikmati application yang awesome ni .. :')))) *BB terpinggir ke ?? tsskkk*




hmm ada yang kata, tak semua smartphone camera boleh support . .macam handphone ayah aku Samsung Galaxy Y tak boleh support..hmm tak sure betul atau tak . .nanti refer2 lah balik kat internet keyh ?


cara nak download mudah je. .

download secara percuma kat Google Play

ATAU

cek kat smartphone korang masing-masing
  1. open play store/market
  2. Search Instagram
  3. Download
  4. Install
  5. Open application
  6. Sign Up
  7. Done and can start using !!
simple kan ?

ATAU

takpun korang click link ni DOWNLOAD DISINI pastikan Scan dulu sebelum download !!

so here gambar pertama yang aku snap guna application Instagram ni . .weeeee






*gambar diambil ditempat kerja aku . .huehue :'P



haa tak tahu cara guna Instagram ?? jangan risau ..Klik disni



p/s : Android memang terbaikk !!


Sunday, April 1, 2012

This is What We Called 'Friends'

Assalamualaikum . .

here some pictures from me . .gambar-gambar kenangan sebelum kitaorang menamatkan pengajian di UniSZA . .gambar diambil masa kitaorang baru start 'study week' dan bertempat di Ri-yaz Heritage, Pulau Duyong, Kuala Terengganu :')








thanks so much to our talented photographer ^_*













p/s : jumpa lagi masa konvokesyen bulan 9 . .daaaaaa ~~

Wednesday, January 25, 2012

Kek Comel Dalam Balang Kaca Yang Menggoda



Assalamualaikum semuaaa !!!!


siapa kat sini suka makan kek? angkat tangan cepat cepat !! waahhh ramai rupanya pemakan kek .. haha dalam banyak-banyak kek lah kan , kek apa yang korang suka ? kalau aku , kek pandan mak aku buat laa paling aku suka dan kek coklat .. fuhhh sedap sampai jilat jari kaki ayam .. huehue


baru-baru ni aku ternampak blogger Irine post kat wall dia gambar Red Velvet Cake dalam balang kaca. .makk aii ..bila aku tengok .. waduhhh cute gilerrr dan sumpah sangat menggoda dan memang luar biasa atau dalam bahasa jawanya 'KREATIF' gilaaa . .korang tengok berapa hiperbola pujian melampau aku kat kek tuh .. hahha kalau korang tengok pun fuhh rasa macam ba alif ta kaf kejap . .muahahha *oke aku lah tuh*

then dengan gigihnya aku cari siapa penjual Cake in Jar tersebut .. akhirnya aku jumpa jugak penjual kek comel dan kreatif tersebut . . LAURA & DADDY'S MACARONS . .apa lagi terus like page dia dan usha gambar-gambar kek dia .. ya ampunnnn . . .macam makanan dalam kayangan .. T__T


dan dan pulak aku berangan nak buat hantaran tunang/nikah dengan kek tu atau nak buat Door gift kan. .berapa punya kuat laah penangan kek tu kat jiwa aku sekarang cuba korang bayangkan .. hahaha


oke nak tengok kek comel yang buat aku angau dari maghrib sampai pukul 12 pagi lebih ni ???










TADAAAA !!!!






tak cukup angau lagi ? bawah ni ada lagi gambar yang buat aku angau ..









ohhh Red Velvet Cake and Macaron on top !!!!!





tempting kan ?? T____T






bukan kek saja tapi Pavlova pun ada !! onomnomnom







antara produk-produk Laura & Daddy's Macarons ni ialah :

Macarons
Decorative Cookies
Mini Cakes
Birthday Cakes
Party Favors
Wedding Favors/Door gifts
dan banyaakkk lagi ..


dah macam promoter kedai tu pulak .. haha actually aku nak perkenalkan kek yang sangat unik ni kepada korang dan boleh bagi idea sikit untuk sesiapa yang ingin keunikan dalam majlis dia nanti . .siapa tahu kan? heheeee




kalau nak tahu lebih lanjut jangan lupa LIKE page LAURA & DADDY'S MACARONS kat Facebook tau . .dan visit blog LAURA & DADDY'S MACARONS .. pasti besttttt ^__^



happy blogging guys !!



p/s : segala pujian hanya bagi Allah . . .

Friday, January 20, 2012

Photoshop Tutorial - Vintage Effect




Assalamualaikum . .


gigih meng'update walaupun perut serupa ombak musim tengkujuh akibat penangan dari Mamee Tom Yam yang umppphhh !!!

kali ni aku nak share Photoshop Tutorial yang menarik untuk korang semua. . nak tahu apa ??


Effect Vintage laah sayang . .

kat tajuk pun dah bagitau da . .hehe


ok mengikut pembacaan aku sebelum ni . .Effect Vintage berasal dari kamera LOMO dan kamera ni dihasilkan di Rusia beberapa puluh tahun lalu. Info yang sangat menarik , produk kamera ni mengalami masalah pembuatan bahagian lens die . .so terhasil lah gambar yang warna nya memang lari dari warna aslinya . .dan akhirnya kamera ni jadi terkenal sebab effect vintage dan keunikan gambarnya . .


korang boleh gunakan Photoshop Cs3 atau apa-apa latest version punye . .tapi aku guna photoshop Cs5 punye . .

ok jangan lupa open gambar yang korang suka . .



gambar terkecik pulak . .







Step 1 : buat dua layer ( klik dua kali kat nombor 1 tu)

Step 2 : klik LAYER 1 tukarkan kepada warna macam hijau kekuningan sikit tu . .dan klik LAYER 2 tukarkan kepada warna biru gelap. .cara ubah warna tu boleh guna Brush Tool (B) (dengan sapukan layer) atau Paint Bucket Tool (G) .. pilih warna kat bahagian bawah ni ..




Step 3 : Klik LAYER 1 dan Ubah BLEND-MODE (3) jadi MULTIPLY dengan OPACITY (4) sebanyak 75% (boleh adjust ikut suka korang) dan klik LAYER 2 diubah mejadi EXCLUSION dengan OPACITY 100%(boleh adjust ikut selera korang)

Step 4 : Satukan layer diatas dengan menekan CTRL+SHIFT+E





dan hasilnyaaaaa . . .





sebelum :'P



selepas ^_^


apa macam ? cantik tak ? hoho bagi aku yang berjiwa seni ni memang sangat cantik effect dia .. hope korang faham dengan tutorial yang tak seberapa dari aku ni .. kalau tak faham boleh tanya kat ruang komen ye . . jangan lupa klik LIKE & follow aku yaa ^__^


Sunday, January 1, 2012

Myravea : Segmen Warna Pilihan Untuk Blogku









hoyeah hoyeah !! our princes Dinky Wink Myravea buat segmen laahh. . *kenyit sebelah mata . .
ok ni segmen kedua yang aku join . . yippi !!


Cik Myravea kite ni tanya apa warna pilihan blog korang dan nyatakanlah sebab kenapa . .



Jawapan aku??

ok. .hmmm .. hmm . .ok...hmmm..ok ..hmm...ok...hmmm




ehh . .berapa banyak ok hmm , ok hmm lah kan .. macam tak sure warna apa pulak .. haha

of course SOFT PINK dan BABY BLUE !!



yela . .sebab apa ?



sebab colours ni membuatkan aku rasa macam




dan nampak





hehe . .lagipun aku suka kombinasi warna PINK + BABY BLUE
sesuai dengan jiwa aku :D


kalau rasa nak join juga picit SINI atau klik pada header Myravea di atas ye :)))