ABOUT ME

Assalamualaikum .. 

Tentang Aqi : 

 Panggil je aku Aqi
lahir pada 12 Disember di Hospital, UK (ulu klang :P)

 melayari internet, melancong, suka membaca bahan bacaan yang berkenaan topik semasa, fakta serta sejarah (sejarah Al masa SPM dulu) dan cuba resepi baru memang hobi aku

 seorang yang manja tapi garang (kata orang sekeliling aku), cepat gelabah, rendah diri, suka sesuatu yang 
bersifat lembut dan romantis walaupun diri tak berapa nak romantis. . ekeke
 pandai berbahasa cina, hidung mancung *LOL* dan melukis kelebihan yang ada pada aku .. 
Soft Pink dan Merah color kegemaran aku sekarang ..
 Bekas pelajar jurusan Perniagaan di Unisza dan InsyaAllah akan menyambung pelajaran peringkat Ijazah serta Master . .tapi aku hold dulu sebab nak cari modal nak sambung belajar serta beli kereta dan rumah sendiri..

 Last Login 16 January 2016..setelah dua tahun tak login blog ni dari tahun 2014..tak sangka lama tak on dan banyak sangat sangat perkara yang dah berlaku dalam hidup..hmm hmm dulu blog tempat aku curhat sekarang.......ahahaha dah matang sikit dah..hehehe 


Tentang Blog Ily Aqi :
Mula-mula aku cadang nak jadikan blog ni sebagai diari tapi macam bosan pulak kan .. so aku tambahkan cerita-cerita lain contoh artikel infromasi, tips-tips, tutorial dan banyak lagi. .then jadilah blog yang separuh personal dan separuh tak personal. .selain menarik pembaca so boleh tambahkan income Nuffnang aku kan ? hehehe actually tajuk blog banyak kali bertukar .. perlukan istiqamah sikit aku nih .. ekeke

Aku mula ber'blog sejak diperkenalkan oleh adik aku pada tahun 2010 tak silap ..hehe nama URL blog aku ni diambil sempena bulan kelahiran aku serta pada bulan tersebut cuaca dekat luar negara musim salji . .kebetulan aku peminat setia dan penderma tegar air mata bagi drama bersiri "Winter Sonata' so terhasil lah blog tak seberapa ni yang URL nya diberi nama  'sonatadecember.blogspot.com'



AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 
Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain dengan atau tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.
sumber rujukan : http://www.skmm.gov.my/
Segala penulisan adalah dari saya sendiri, jika berhasrat untuk COPY apa sahaja yang ada dalam blog ini, sila letakkan URL saya 'sonatadecember.blogspot.com'. PRINT SCREEN terhadap blog saya tidak dibenarkan sama sekali kecuali setelah mendapat keizinan. Pendapat serta luahan saya adalah tidak kekal. Sebarang komentar yang diberi di ruangan 'comment' bukan tanggungjawab saya.

'Yang Baik Dari Allah, Yang Buruk Juga Datang Dari Allah Tetapi Disandarkan Pada Saya, Insan Yang Lemah'   -Aqi-