Tuesday, December 27, 2011

Tips Belajar 'Last Minute'



ohh memandangkan sekarang musim peperiksaan terutama pada korang yang ambil Ijazah..aku nak share sedikit Tips belajar Last Minute . .hmm . . mesti korang rasa lega sikit kan ada tips belajar 'Last Minute' macam ni . .huehue apa lagi , jangan buang masa ! jom kita baca apa tips-tips nya kan . . .


Walaupun korang sendiri tahu bahawa belajar last minute atau study last minute merupakan salah satu cara terburuk untuk belajar tetapi kenyataan hampir semua orang terjerumus dalam study last minute. Disini saya nak bagi tips belajar last minute yang sesuai untuk semua lapisan pelajar. Antara tipsnya:


Tips belajar last minute ke-1

baca dahulu keseluruhan topic (sekadar review sahaja) kemudian hanya fokus pada bahagian summary topic sahaja. selalunya buku teks selalu provide summary di bahagian last sesuatu topic. Itu bermakna ia adalah pekara penting yang perlu anda tahu.


Tips belajar last minute ke-2

Beri penekanan kepada apa yang lecturer tekankan. Teknik ini paling berkesan kerana hampir 50 % examination keluar dari apa yang ditekankan lecturer.


Tips belajar last minute ke -3

Jangan membuat note, itu bukan caranya kerana anda kesuntukan masa. hanya list down pekara penting sahaja. . .haa yang ni ramai student dan kawan-kawan aku sendiri pun buat . .uishhhh salah besar tu , dah tahu kesuntukan masa tapi dok ringkaskan nota , menulis dengan nota yang berwarna warni lagi tuh. . buang masa je !! kalau korang nak buat nota bukan ni masanya , masanya setiap habis waktu kuliah atau bila habis setiap bab yang dah diajar . .balik hostel buat nota . .barulah betul !!







Tips belajar last minute ke -4

Set mind bahawa semuanya dalam keadaan baik ataupun dalam bahasa Jawa nya "all is well" supaya anda tidak gelabah dalam peperiksaan.


Tips belajar last minute ke -5

Tumpukan kepada subjek yang susah sahaja, jika anda sudah paham sesuatu subjek tidak perlu anda mengambil masa yang lama untuk memahaminya lagi.


Tips belajar last minute ke-6

Perbanyakkan buat soalan exam yang lepas, hampir 65 % adalah soalan berulang.

Jika subjek Mathematic, disarankan hanya membuat soalan past year sahaja. . paham formula dan buat latihan. . Tips ni memang sangattt membantu aku masa aku sem 3 dulu. .sekali time exam keluar sebijik soalan macam tahun lepas punye. . aku goyang kaki lah jawab. .muehehe


Tips belajar last minute ke -7

Stay up hanya sekadar anda mampu sahaja. jangan memaksa kerana anda dapat zero jer jika memaksa otak. ambil selang masa yang sesuai untuk rehatkan otak kemudian sambung study semula


Tips belajar last minute ke -8

Banyaklah bodek lecturer korang.. mana tau kot2 dia terbagitau ^_^. tapi jangan lak nak rasuah tak pun jual badan yer. . hahaha kalau student lelaki bodek lecturer perempuan memang menjadi . .macam tu gak sebaliknya . .realiti nih . .haha


Tips belajar last minute ke-9

Tumpu lebih masa kepada subject yang korang dapat carry mark rendah. usaha untuk mendapatkan result yang lebih bagus untuk subjek itu. Dan akhir sekali, banyakkanlah berdoa agar apa yang korang baca tu korang boleh ingat.



amacam? boleh bantu legakan korang sikit tak ? kalau boleh. .Alhamdulillah . .apa pun jangan lengahkan baki masa yang ada. . lepas je baca tips ni , korang follow blog aku , tutup laptop dan terus study okeyh ? muehehehe





p/s : ingat.. usaha-usaha gak . .doa dan tawakkal tu penting . .solat sunat tu jangan time exam je . .ni ingat Allah time susah je, time senang lupa pulakk ..adehh

Sumber : Facebook ; diolah sedikit supaya cukup masam dan manis nyaaaa . . :P

10 comments:

  1. boleh saya kongsi diblog saya, saya akan letakkan sumber ya!!! ^_*

    ReplyDelete
  2. yang no 3 tu saya tak stuju..blh je wt nota..hahahtiap org ad care die..hohoho..:p

    ReplyDelete
  3. @Anonymous

    hehehe ngade r . .die la tu yg suke wt cmtu . .tp cara ni lah yg pling failed tau .. buang masa je . .ikutlah encik fahmy . .huehuehue

    ReplyDelete
  4. Wahhhhh, sangat good... Nak follow lah! Betul lah awak kata student suka keep on buat note and note, sampai kadang tuh esok nak paper hari ni masih lagi salin notes kawan. Sapa pun actually.. huhu.. Tak mo buat dah, nak start study awal kali ni!

    ReplyDelete
  5. wt note pn berjaye jgk...hohoohohoh

    ReplyDelete
  6. @Khadijah Nas

    hehe tu la, sy tgk keliling kwn2 sy suke wt cmtu . .klu sy mmg da xboleh da..sakit jiwa sy..hehehe terima khadijah sudi follow dn singgah :))

    kongsi2 la dgn kwn ye :)))

    ReplyDelete
  7. @Anonymous

    tau la org tu selalu Dean List . .sy ni biasa je . .lain org lain cara.

    ReplyDelete
  8. thank you very much this tips help me very much,,,,,,:-)

    ReplyDelete
  9. thank you very much for the tips,,,,:-)

    ReplyDelete

Mulut jangan laserr tauuu :'P

Thankkk youu :)