Thursday, October 27, 2011

♥ Resepi Bubur ayam yang simple ♥



Assalamualaikum . .
holaa readers :))

Ok semalam adik aku request supaya aku buatkan bubur ayam untuk die . .sebenarnya aku tak pernah masak bubur and tak pandai masak bubur . .memandangkan cuti semester ni aku takde buat apa-apa . .so apa lagi , aku cuba cari resepi kat pakcik google . . laaa . .yang aku jumpa kebanyakkan dorang blender nasi tu . .alaaaa !! mana sedap camtuh . .takpe takpe , aku search lagi . ..


tadaaaaaaaa .. !!!!!



baru jumpa . .so apalagi , aku terus cek kat fridge dan semua bahan-bahan lengkap . . waaahhh . .apalagi , aku tunjukan skill memasak aku . .yeaaaahhh


ok guys , aku dah cuba masak bubur ayam simple ni .. rasa die memang ummmppphhh lah ! so meh aku nak share resepi die . .okeyh , aku tahu ramai yang dah tahu cara masak benda simple camni kan . .takpe , aku tetap nak share ilmu yang cenonet ni . .moga dapat pahala berlipat ganda . .insyaAllah . .

resepi ni sangat sesuai untuk mereka yang sakit dan buat-buat sakit . .hehe :'D




Bahan-bahannya :

1 cawan beras (basuh dulu tauuu)

8 cawan air (terpulang la nak lembik atau pejal bubur tu nanti)

2 biji kentang (potong kecil-kecil)

1 labu bwg besar ( hiris)

2 ulas bwg putih (hiris)

2 inci halia (hiris)

2 ketul daging ayam

satu ketul kiub perasa ayam (kiub Ayam knorr)

sedikit lada hitam (ditumbuk sederhana hancur)

sedikit lada putih

garam secukup rasa



Cara-cara :

1. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga naik bau

2. Masukkan air, biarkan mendidih

3. Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dengan api besar

4. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan-bahan perasa

5. Masakkan bubur dengan api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat dan kembang. Tambah air kalau tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala.

6. Agak-agak ayam dan kentang dah lembut . .so siap dihidangkan :)



**Hiasan :

Daun sup atau bawang goreng dan taburkan diatas bubur kalau suke :)


kalau nak sedap lagi . .korang potong cili api gaulkan dengan kicap lepas tuh gaul pulak dengan bubur . . waaaaaa terliur @__@



Siap ! mudah kan ?


gambar ihsan google





p/s : picit butang 'LIKE' kalau suka entri ini :) sharing is caring ♥



10 comments:

  1. salu wat dulu... wuwuwuu

    wa laparrrr >.<

    ReplyDelete
  2. @Eyda Syahida

    buat la lagi .. sedap kot bubur ayam ni :)

    ReplyDelete
  3. nmpak menarik je gmbar bubur ayam 2.. nyummy!! :)

    ReplyDelete
  4. pinjam resepi awk ...saya nak tulis dalam novel sy hihihi

    ReplyDelete
  5. saya tak sihat. saya tak pernah buat sbb saya tak reti masak2 ni. :)
    mudah ke? plus saya tak kuat makan. plus tak berapa sihat :( ni utk makan brp org?

    ReplyDelete
  6. ahhh...lapar pulak...

    ReplyDelete
  7. Sy sedang cuba untuk buat . Nampak menarik dan menyelerakan . Hehehe :)

    ReplyDelete

Mulut jangan laserr tauuu :'P

Thankkk youu :)