Tuesday, August 2, 2011

[Tazkirah] Lelaki Kacak Bersama Jenazah


Assalamualaikum . .


Sebelum tu aku nak ucapkan salam Ramadhan Al-Mubarak . .semoga segala amalan kita diterima Allah . .jadikan Ramadhan kali ni adalah Ramadhan yang terbaik dari tahuntahun yang lepas . .tingkatkan amalan dan usaha sungguhsungguh untuk perbaiki amalan kita seolah-olah ni lah Ramadhan yang terakhir buat kita . . yang kuat menghasut tu, hentikan lah . .yang kuat mengumpat tu sedarsedar la . .yang tak tutup aurat tu . .ingatingat la bahawa kematian semakin menghampiri kita . .insyaAllah . .nasihat buat diriku yang banyak kelemahan ni juga. . .


kali ni aku bawa sedikit tazkirah yang menarik untuk dikongsi bersama . .aku petik tazkirah ni dari facebook . . sebelum tu meh la follow blog aku yang tak seberapa ni . . hehehe






Hadis yang Menarik

Rasulullah S.A.W bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah . . . Dua malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.

0 comments:

Post a Comment

Mulut jangan laserr tauuu :'P

Thankkk youu :)