Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu , bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu , bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu , kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya sesorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna , nescaya tidak akan ada pendakwah , maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan . | Imam Hasan al-Basr
Thursday, October 27, 2011
Baik korang ngaku cepattt !!
♥ Resepi Bubur ayam yang simple ♥
Bahan-bahannya :
1 cawan beras (basuh dulu tauuu)
8 cawan air (terpulang la nak lembik atau pejal bubur tu nanti)
2 biji kentang (potong kecil-kecil)
1 labu bwg besar ( hiris)
2 ulas bwg putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
2 ketul daging ayam
satu ketul kiub perasa ayam (kiub Ayam knorr)
sedikit lada hitam (ditumbuk sederhana hancur)
sedikit lada putih
garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga naik bau2. Masukkan air, biarkan mendidih
3. Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dengan api besar
4. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan-bahan perasa
5. Masakkan bubur dengan api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat dan kembang. Tambah air kalau tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala.
6. Agak-agak ayam dan kentang dah lembut . .so siap dihidangkan :)