Saturday, December 15, 2012

Konvokesyen Aqi UniSZA 2012

Walaupun cerita ni dah nak basi sebab sekian lama entri ni diperam bagai ikan perkasam, entah kenapa tangan masih liat nak update kan blog . .mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja, biasalah asam garam orang kerja bank. .ada pun waktu cuti hujung minggu memang peruntukkan untuk tidur sepanjang hari . lalalalla ok kalau bakal mak mertua baca ni naya aku . . :D

Alhamdulillah, berkat kegigihan aku apply cuti dengan bos akhirnya dapat jugak cuti dua hari untuk konvokesyen aku di Terengganu . .dua hari je ?? yeeeee dua hari je. .itupun aku kira bersyukur sangat dapat cuti, kalau ikutkan bos aku berat hati gila nak bagi cuti. .
 balik kerja malam jumaat tu jugak gerak ke Terengganu, penat toksah cerita laa kan . .dalam kereta bantai tidur dengkur  . .celik mata dah sampai Kemaman perkena Neslo panas dulu siap-siap . .orang kata jangan tidur dalam kereta, nanti roh tak jumpa jasad . .nasib baik roh aku jumpa jasad kat Kemaman, maklumlah teknologi canggih ada GPS pulak .. *pergh jangan percaya, karut ni semua* -_- 

Dalam 8 pagi baru sampai Kak Mah Homestay Kuala Ibai .. agak jauh jugak dari kampus aku . masa tu aku mengimpikan sebuah mesin urut Ogawa di homestay tersebut, malang sekali yang aku jumpa hanyalah katil dan bantal busuk siapa entah tertinggal . takpe, sudah cukup membuat aku bernafsu untuk tidur dan rehat sebelum giliran aku pulak drive ke kampus menguruskan hal konvokesyen aku. .thanks so much to ayah yang drive jauh untuk anak dia semata-mata nak attend konvo .. sayang abbu, mmuaah seket kat pipi :D

Tetibe aku rasa nak share dengan korang lagi-lagi fresh graduate macam aku ni haa. . CGPA kita kat kampus dulu LANGSUNG tak menggambarkan cara kita bekerja dan berfikir. .sebab bila first time aku jejak kaki ke alam pekerjaan memang zero ! dapat Dean List dua semester ke , award apa yang aku dapat kat sekolah and kampus dulu macam nothing ! .. betapa kerdilnya dan sikit gila ilmu aku bila berada dalam kalangan dorang. . the way they're think, the way they're work  memang sangat mencabar bagi aku. .
Back to the topic, nak dijadikan cerita sebelum konvo aku jalan-jalan sekitar Kuala Terengganu with adik and Mr. F. .biasalah lawat kawan-kawan dulu and lepak kat tapak pesta konvokesyen UniSZA kampus Gong Badak tu . .kepada kawan-kawan yang tak sempat jumpa, aku minta maaf sangat-sangat sebab memang sepanjang aku kat sana memang rushing dan kelam kabut sangat. .jumpa pun sekejap je, ada pun member sempat lagi aku ketuk belakang badan dia dengan skrol je. .sorry Nik, terkuat pulak aqi ketuk . .hahaha so imagine laah betapa tak sempat nye aku nak jumpa korang semua. . .uhuk uhuk T__T
Tapak konvokesyen UniSZA

Lepas konvo memang tak sempat nak bergambar, bayangkan hujan lebat kat luar sana langsung tak sempat snap satu gambar pun .. nasib baik sehari sebelum konvo aku sempat snap beberapa gambar luar kawasan stadium .. oh ya aku konvo di stadium tau, unik tak ? unik tak ? haha angkara dewan utama kampus yang sedang di'renovate -_-

Hai adik-adik ! kini saya berlintas langsung di Stadium tertutup Gong Badak ! belakang tu stadium yang runtuh tu haa. .*gaya pengacara Bananana*

Nah ! besau gedabak gambar aku, malas nak resize punya pasal. .bergambar kat homestay je. .uhuk 
nah pandang lah lihat lah, tiru macam saya :D
dapat munga dari tersayang, sanggup redah hujan belikan aku munga sebelum shoot kat studio with family. . terima kasih sangaaaat :)



ucapan tahniah dari cikgu memang sangaaaaat bermakna buat aku :D happppyyyy ! dengan rasa penuh rendah hati aku ucapkan terima kasih kepada semua cikgu aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, pensyarah-pensyarah aku yang tak pernah jemu mendidik aku. .maafkan saya sepanjang proses mendidik saya mencabar kesabaran, ada melukakan hati cikgu secara sengaja atau tidak. .hanya doa yang mampu saya balas. .saya tak pernah lupakan jasa cikgu-cikgu dan pensayarah-pensyarah saya. . berkat kesabaran dan keikhlasan cikgu pensyarah saya dapat sampai ke tahap ini. .Alhamdulillah, jua kepada kedua-dua 'cikgu' di rumah saya Ummu dan Abbu. . insyaAllah doakan saya dalam kerjaya serta mohon doa dari cikgu supaya saya dapat capai ke peringkat lagi tinggi dalam menimba ilmu . .
TERIMA KASIH CIKGU !

kepada kawan-kawan, terima kasih atas kesabaran melayan karenah aku yang kadang-kadang macam budak, benda kecik pun nak gaduh ye dak ? haha terima kasih kepada sahabat-sahabt dari sekolah sampai Universiti. .terima kasih sebab ajar aku bilamana aku tak faham, ajar aku kenal erti kehidupan, terima kasih kawan-kawan, sahabat-sahabat. .aku mohon dari jauh, maafkan segala kesilapan aku selama kita berkawan. .aku akui aku banyak kelemahan. .terima kasih masih menganggap aku sebagai kawan dan sahabat korang semua :)

ni je gambar yang sempat aku upload due to worst internet connection -_- rindu momen ni kawan-kawan T__T
 oh ya, 12.12.12 yang lepas tarikh lahir aku. . cantik tak tarikh dia ? wah wah dah 21 dah, takboleh lagi gentel-gentel bucu bantal busuk tu semua lagi. . setahun dua lagi dah jadi bini orang pulak. . wah bini kemain sangat. . haha :P ok ni printscreen wish birthday and congrate dari kawan sebelah meja aku masa darjah tiga dulu tau !!! tak sangka Bentham wish kat aku ! thank you so much !!! good luck doctor-to-be :D
terima kasih pada kawan-kawan yang wish birthday di Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram, by SMS pun ada. . terima kasih kepada semua yang wish birthday and congrate :D


cukuplah hanya beberapa keping gambar sahaja yang aku upload, internet pun lembab macam siput tertelan durian je aku nengok. .muahaha


Tq readers !!!




Al-Syauqi pernah bermadah :
'Berdirilah untuk guru, sempurnakanlah penghormatanmu. Kerana guru itu hampir-hampir dia menjadi Rasul. adakah kamu pernah berjumpa dengan orang yang lebih mulia daripada orang yang membina dan menyuburkan jiwa dan akal (pelajarnya) ?'



p/s : Terima kasih kepada ayah ibu, guru-guru, pensyarah-pensyarah, keluarga, sanak saudara, sahabat-sahabat yang menjadi tulang belakang kejayaan saya selama ini. .Alhamdulillah dan Jazakallah untuk semua, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian :)

2 comments:

  1. CGPA kita kat kampus dulu LANGSUNG tak menggambarkan cara kita bekerja dan berfikir. .sebab aku dapat rasakan bila for the first time aku jejak kaki ke alam pekerjaan memang zero !


    Setju! setuju!

    btw, happy belated birthday Aqi!

    ReplyDelete

Mulut jangan laserr tauuu :'P

Thankkk youu :)