Sunday, December 25, 2011

Terima Padah Akibat Berbuat Baik



Teringat kisah aku masa tingkatan 5 ..setiap pagi aku pasti akan bangun pukul 6.15 pagi untuk bersiap pergi sekolah . .haish waktu tu lah baru aku gosok baju sekolah, susun buku dalam beg, tengok TV kejap konon-konon layan nasyid dan solat subuh .. aku memang tak suka bersarapan pagi . .so pergi sekolah memang lesu dan bawa perut lapar . .

lepas bersiap semua , salam tangan Mak dan cium tangan ayah .. kalau kucing ada depan rumah, aku mesti belai-belai dulu sebelum pergi sekolah ..lepas tu aku akan berjalan sikit depan rumah jiran untuk tunggu bas Rapid KL . .selalunya bas Rapid cepat penuh . .kadang kadang aku naik bas Metro nombor 11 je ..haa korang yang sekitar Gombak atau KL tau sangat lah bas-bas nih kan ? hehe

tapi satu hari tu terjadi sebuah kisah yang memang aku tak dapat lupakan sampai sekarang . . .sejak tu aku teragak-agak nak tolong orang macam ni dah . .fuhh ada gak manusia macam tu . . haishh =,=


rutin pagi nak pergi sekolah macam biasa . .bangun lewat , solat , mandi . .time tu pulak laa nak susun buku ikut jadual semua . .lepas tu salam parent aku dan terus tunggu bas pergi ke sekolah . .








kali ni aku naik bas Metro nombor 11 bersama adik aku . .bila aku naik saja bas aku nampak hampir penuh seat dalam bas tu . .nasib baik aku dan adik aku dapat seat cuma berbeza tempat . .adik aku duduk sebelah member aku dekat dengan tangga belakang bas. .aku pulak duduk sebelah perempuan India yang nak pergi kerja ..fuuh nasib baik dapat duduk , kalau tak memang dari rumah sampai ke sekolah aku berdiri dalam bas .. beg dah la berat masa tu . .

aku tengok keliling semua kelihatan lesu . .biasa lah awal pagi kan . .kes tak cukup tidur lah tu..hmm ada yang tidur dalam bas , ada juga lelaki yang terpaksa berdiri sebab seat dah penuh . .

sampai satu simpang bas berhenti ambil penumpang . .aku nampak seorang perempuan berumur lewat 40an naik bas ..dengan pakaian yang memang oldies lah katakan . .aku tengok keliling, seat semua dah penuh . .kesian makcik ni berdiri ..aku risau makcik ni tempat kerja dia jauh kat KL sana . . aku rasa nak panggil makcik ni duduk seat aku dan biar jelah aku berdiri . .

lepas tu aku berdiri dan panggil makcik tu duduk kat seat aku sambil sambut dia dengan senyuman walaupun aku agak lesu dengan pikul beg yang agak berat waktu tu . .makcik tu datang bersama handbag hitam dia menuju ke arah aku . .tiba-tiba . . . .





kau ingat aku ni tua sangat ke ?? sound makcik tu kat aku dan terus duduk






Panggggg !!! Ya Allah..........masa tu aku hanya mampu mengucap panjang ..terkejut beruk siamang ungka semua ada . .aku terpinga-pinga dengan kata-kata makcik tu . .bukan nak ucap terima kasih malahan dia marah aku pulak . .aku still terpinga-pinga sambil melihat perempuan India sebelah aku tadi dan aku pun terus blah dari makcik tu ..

aku pergi ke arah seat adik dan member aku tu . .dorang semua pelik tengok muka aku macam jeruk busuk . .hmm nampaknya terpaksa lah aku berdiri dalam bas dengan beg yang berat sampai ke sekolah .. dah la masa tu bas padat gila .. terkepit-kepit aku dicelah-celah orang dalam bas tu . .aku pandang ke arah makcik tu . .




kalau aku tahu jadi macam ni, aku biarkan kau berdiri kering atas bas tadi . .




aku cerita kat kawan-kawan aku dan mak aku . .kawan aku semua terkejut dan pujuk aku . .member aku cakap perempuan tua tu perasan muda . .aku tersengih sambil kesal dengan tindakan manusia macam tu . .ehh ada gak ek manusia macam tu ??? kite ni kesian tengok dia berdiri dalam bas . .tengok cara pakaian dan muka memang nampak tua dah . .aduii . . mak aku pulak cuma cakap macam ni . .'betul lah kata pepatah : Buat baik berpada-pada' sampai sekarang aku teragak-agak nak bagi seat kat orang tua lagi bila seat penuh . .huh !!









p/s : yang tua dihormati , yang muda disayangi

1 comment:

  1. insyallah,nanti ALLAH SWT balas kebaikan awak :)

    ReplyDelete

Mulut jangan laserr tauuu :'P

Thankkk youu :)