Friday, December 30, 2011

Aqi Pun Nak Berazam Tahun Baru Juga



ok title tu nak comel je kan . .haha


Macam biasa laa setiap awal tahun mesti ada azam baru . . tengok blog sana sini sume pakat nak post pasal azam tahun baru die . .heyyy!! aku pun nak gak kan berazam tahun 2012 ni walaupun azam tahun 2011 pun ada yang tak tercapai lagi. . huehuehue

ohh waktu aku menaip ni tengah melayan rasa rindu kat sesorang. .harap-harap dia selamat sentiasa dibawah lindungan Allah..dalam otak ni tengah ligat memikirkan perancangan aktiviti sepanjang cuti mid-sem ni bersama dia . .hihihi Meatball, Tutti Frutti, Shopping Year-End-Sales semua dalam list .. hehehe :D




Di antara azam tahun baru 2011 yang dah tercapai :


MUET dapat band 3
Alaa . .Orang melayu makan sambal belacan . . standard la kot band 3 . .huehue **statement untuk menyedapkan hati**. .hmm . .okla gak walaupun band 3, target band 4 . .syukurrrrr :'D

Dean List
Alhamdulillah . .tercapai gak hasrat aku untuk hadiahkan anugerah ni kat parent and lover aku :)

Sahabat yang baik , pencinta yang setia :'D
Alhamdulillah .. punya sahabt yang masih disisi aku dan sentiasa bersama aku walaupun susah atau senang . .dan juga, lover yang sangat penyabar, memahami, penyayang dan tahan dengan karenah aku . parent masing-masing dah berkenalan . .tu yang sweet moment bagi aku tahun 2011 ni . .hehe






Azam aku tahun 2012 . .calon-calonnya adalahhhhhhhhh ..


Pointer 4 Flat
Setelah aku analisis subjek semester 6 ni . .insyaAllah target aku semua subjek dapat A . .hehehe target biar realistik kan ? tapi insyaAllah . . akan aku lipat gandakan usaha aku supaya dapat hadiahkan lagi kejayaan kedua ni kat parent, lover dan agama aku . .insyaAllah . .

Lesen 'P' kereta oiiii
Lesen L dah dapat tapi lesen P kereta tak dapat-dapat lagi . .ni semua sebab sikap pemalas aku nak belajor kereta . .alasannya cikgu memandu aku garang, kalah singa betina baru beranak . .

Sambung ijazah pulakk
Since tahun 2012 ni aku akan grad diploma, aku merancang sambung ijazah sepenuh masa atau separuh masa . .hmm still dalam perancangan lagi . .


Samsung Galaxy / Blackberry / DSLR Camera
Ohh ni lah dia things yang aku still tak dapat-dapat lagi .. so 2012 , be nice to me ok ? aku nak bendalah ni semua . .jangan halang aku . .huehue


Kerja kerja kerja
Lepas diploma ni ada cuti 6 bulan , so aku nak kerja . .nak kumpul duit banyak-banyak untuk ___________ (sila isi tempat kosong dengan jawapan sendiri) :P


Nikah Awal ???
err . . .ok ni dalam perancangan aku tahun 2012 . .hahahhaha no comment lebih-lebih :P


Ibadah, Akhlak yang lebih baik
Aku nak perbaiki ibadah dan akhlak aku . .umur makin meningkat tapi perangai dan sikap aku macam budak-budak lagi . .hasihh macam mana nak kahwin awal ni. . muehehe




Apa yang penting . .aku manusia yang hanya mampu merancang dan segalanya Allah yang tentukan . .aku cuma mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah . .semoga tahun 2012 ni aku dapat jadi hamba Allah yang solehah dan insan yang mampu menyumbangkan sesuatu yang berguna pada agama, keluarga, sahabat, masyarakat dan negara . .aminnnn





3 comments:

  1. salam kenal di akhir2 ujung taun 2011..
    semoga 2012 lebih memberi sinar...=)
    gud luck=)

    ReplyDelete
  2. Nice... Smoga tercapai segala Impian.. dan salam perkenalan... =)

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru. moga azam baru akan tercapai. salam kenal, free2, jmput singgah blog sy, jmput bc entri : DAHULU itu..

    ReplyDelete

Mulut jangan laserr tauuu :'P

Thankkk youu :)