Sunday, June 27, 2010

Andai takdir kita bersama...

‘Perhatian,di sini terdapat beberapa pengumuman untuk semua pelajar,pengumuman pertama,pelajar yang bernama Uswatun Hasanah dari kelas 5 Oxford diminta berjumpa dengan Puan Suhaila selepas waktu perhimpunan,pengumuman kedua,kepada…...” Aku yang sedang membelek buku Sejarah tersentak mendengar pengumuman sebentar tadi.Rakan-rakanku dari kelas yang lain memandang ke arah ku.”Hana,nama kau dipanggil tadi,apa yang kau dah buat?” soalan Nurin sedikit melukakan hatiku.Kenapa Puan Suhaila hendak berjumpa dengan ku? Kesalahan disiplin apa yang telah aku lakukan? Pelbagai soalan menerjah di kotak fikiranku.Puan Suhaila memang cukup terkenal dengan sifatnya yang tegas.Di genggaman tangannya tidak pernah lepas dengan rotan sebesar ibu jari.Aku mengambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan Puan Suhaila.


Waktu rehat sudah tiba,hari ini aku membawa bekalan nasi dan ikan masin goreng yang dibawa dari rumah dan sebotol air kosong sambil menuju ke kantin.”Ah,terlupa pula bawa nota rumus Matematik Tambahan untuk dihafal,SPM semakin hampir.” Aku meluru ke arah adikku dan memberi bekalan makanan yang ku bawa bersama sedikit wang berjumlah 0.50 sen.Aku tidak sanggup melihat adikku yang kelaparan,hampir setiap hari dia mengikat perut untuk berjimat,biarlah aku pula mengikat perut pada pagi ini walaupun aku telah dinasihatkan oleh doktor agar bersarapan kerana aku menghidapi penyakit Gastrik. Selepas itu aku berlari dan meminta izin pengawas yang berbadan tegap di hadapan tangga itu untuk mengambil nota rumus yang tertinggal di dalam kelas.


“Kak Hana,Puan Suhaila nak jumpa dengan kakak sekarang juga.” Suara pelajar itu tersekat-sekat kerana berlari mendapatkanku.Aku menuju ke bilik Puan Suhaila sambil dihujani beribu-ribu soalan.Aku melupakan niat ku untuk mengambil nota itu tadi.Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik Puan Suhaila,mataku liar mencari bayangan Puan Suhaila di dalam bilik yang dingin itu.” Cikgu ingatkan kamu tidak hadir ke sekolah hari ini.” Aku yang masih terpinga-pinga hanya mendiamkan diri.


“Kamu tahu kenapa cikgu panggil kamu ke sini?” aku hanya menggelengkan kepala sambil mengetap bibirku.”Cikgu tahu kamu ada masalah,cikgu tidak mahu masalah kamu akan menjejaskan pelajaran kamu,keputusan peperiksaan kamu agak merosot pada semester ini.”Perasaanku gelisah bagai ombak menghempas pantai,aku sedikit gusar kerana tidak mahu masalah aku diketahui oleh Pn Suhaila.Tiba-tiba aku teringat dengan Ustaz Zamri,guru yang memegang hal ehwal kewangan dan biasiswa pelajar. “Ustaz hairan,kenapa terlalu banyak jumlah yang kamu keluarkan pada bulan lepas?” soal Ustaz Zamri ingin kepastian.Aku menceritakan masalah aku kepada Ustaz dan dia berjanji akan membantuku.Walaupun aku menerima biasiswa,namun masih tidak mencukupi untukku.Ayah ku sudah lama meninggal dunia akibat kanser usus manakala ibuku hanya menjual kuih di tepi jalan.Sekeping not RM 50.00 dihulurkan kepada ku.Aku masih terpinga-pinga dengan tindakan guru tersebut.” Cikgu sudah tahu masalah kamu daripada Ustaz Zamri,cikgu akan membantu kamu untuk mengutip derma bagi meringankan sedikit bebanan kewangan untuk membiayai kos pembedahan jantung ibu kamu.”Aku tidak dapat menahan sebak,mutiara jernih jatuh di pipi ku lantas aku mendakap erat Pn Suhaila dan melepaskan segala keresahan di hatiku dalam dakapan Pn Suhaila pada saat itu.


Tiba-tiba pintu diketuk,aku segera mengesat air mataku,Ustaz Zamri yang kelihatan agak muram membisikkan sesuatu kepada Pn Suhaila.Mata Pn Suhaila agak terbeliak mendengar perkara yang dibisikkan oleh Ustaz Zamri.Pn Suhaila memberi isyarat mata kepada Ustaz Zamri untuk memberitahu perkara itu kepadaku.”Hana,Ustaz harap kamu tabah menerima berita ini”.Aku bagaikan berada di dunia yang sungguh sepi.”Hana,ibu kamu mengalami komplikasi jantung,sekarang ibu kamu berada di wad ICU”.Hati ku bagai tidak mampu untuk berdegup lagi,aku seperti manusia yang terkapai-kapai di tengah lautan.


Langkahku bersepah berlari mendapatkan ibuku,aku membiarkan Pn Suhaila,Ustaz Zamri dan adikku dibelakang tanpa menghiraukan mereka.Setibanya di tepi pintu wad tersebut aku ditahan oleh seorang doktor dan jururawat.”Nama kamu Uswatun Hasanah bt Ayub dan adik kamu bernama Usama bin Ayub bukan?” aku mengangguk sambil melepaskan lelah.”Kami telah berusaha untuk menyelamatkan ibu kamu,namun tuhan lebih menyayanginya,kamu harus pasrah menerima dugaan ini.” Badan ku terasa lemah,aku terus jatuh ke lantai.Pn Suhaila segera mendapatkanku,Ustaz Zamri memeluk adikku yang kaku berdiri dihadapan jiran-jiran ku yang membawa ibuku ke hospital.Aku tidak dapat berkata apa-apa,hatiku hanya mampu melagukan sendu dan terkilan kerana tidak sempat melaksanakan perancangan untuk mengutip derma bagi membiayai kos pembedahan jantung ibu.”Ibu,maafkan kakak”


“Terima kasih doktor Hasanah,hanya tuhan sahaja yang mampu membalas jasa Puan sekeluarga.” Kini,aku bergelar seorang doktor pakar pembedahan,aku mendapat keputusan cemerlang dan mendapat 10 1A dalam peperiksaan SPM.Aku mendapat tajaan biasiswa dan berjaya menyambung pengajian di Harvard University,Massachusetts,Amerika Syarikat.Adik ku pula bakal bergelar seorang peguam sesuai dengan hasrat ibu dan ayah ku.Aku merebahkan badan ku ke atas kerusi sambil merenung di luar tingkap dari hospital ini,kelihatan seorang perempuan tua dan anaknya menjual kuih di tepi simpang jalan itu,aku mengesat air mataku yang gugur kerana teringat kepada arwah ibu dan arwah ayahku. “Ibu,Ayah,kakak rindu sangat pada ibu dan ayah,andai takdir kita dapat bersama lagi,kakak ingin hidup bahagia bersama kalian,tunggu kakak di pintu syurga ibu,ayah…!!!”




Cerpen ni aku cipta and gubah2 sikit masa aku form 5 dlu..mse tu ada pertandingan menulis cerpen utk majalah sekolah aku..Alhamdulillah..cerpen aku dapat dimuatkan dalam majalah sekolah Paradigma SMK Seri Selayang edisi 2008..hehe

1 comment:

  1. adik akak syg..nice cerpen dik..akak suke sgt bace cerpen...one day akak nak tulis tntg aqi la..hehe...insyaallah..cause u give a big meaning in my life dik..jazakillah khair dik atas kebaikan jiwamu..uhibbuki fillah aqi..=) miss u qi..

    ReplyDelete

Mulut jangan laserr tauuu :'P

Thankkk youu :)